S
E
R
U
N
D
I
N
G
M
A
R
V
E
L
L
O
U
S
K
A
M
P
U
N
G
L
A
UT
T
U
M
P
A
T






Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll
Sejarah Serunding
Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.
Kampung Laut merupakan sebuah daerah yang terkenal dengan perusahaan serunding di negeri Kelantan. Individu yang bernama Che Jah Che Mamat atau nama samarannya ialahChe Jah Serunding merupakan ahli keluarga saya dan beliau telah mengusahakan kilang serunding sejak 20tahun lalu. Serunding ini merupakan hasil dari turun-temurun keluarga kami dan akan dikembangkan oleh saya kelak.

Lynn
Enterprise

