top of page

Jom kita lihat... Langkah Pemprosesanya

Disediakan oleh: Cik lynn lolyta

Bahan yang digunakan untuk membuat serunding mestilah daging tempatan  yang direbus kemudiannya dicarik halus.

1. Ramuan asas serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu asli rempah ratus khas, lada kering asli, santan, ketumbar, bawang merah, bawang putih, garam, gula secukup rasa dan beberapa bahan lain lagi.

2. Serunding dimasak di dalam kawah-kawah tembaga dan tidak dibuat dengan mesin secara kuantiti yang banyak sekali gus, kerana jika dibuat dengan mesin, daging akan menjadi hancur dan lumat.

3. Daging disiat-siat dengan menggunakan cara tradisional iaitu dengan tangan supaya gentian daging tidak rosak dan hancur. Proses ini memerlukan kemahiran yang khusus.

4.  Selepas disejukkan, ianya diracik-racik dan disiat-siat menjadi gentian daging yang selari memanjang bentuknya. 

5. Selepas itu daging berkenaan barulah dimasak di dalam kawah tembaga bersama dengan santan kelapa, beberapa jenis rempah, lada dan garam mengikut sukatan tertentu dan dikacau tanpa henti sehingga kering.

6. Proses mengacau hingga kering ini mengambil masa sehingga 5 jam.

  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

© 2014 by Lynn Serunding Warisan. Proudly created  by Fadhlyn Syakina Abdullah

bottom of page